Assalaamu'alaikum sahabatku,
Saya pernah berguru dengan seorang dari keturunan Tokku Pulau Manis, yang menetap di Chendering tentang ilmu hakekat-makrifat. Lama juga saya mengikut pengajian beliau ini, sekitar tahun 1979 sehinggalah 2000...tetapi dengan hanya mengikut orang tua saya. Jadi pelbagai jalan dan jurus pengupasan tentang ilmu hakekat tersebut dilakukan demi mempertahamkan iktiqad sebagai muslim sejati...
Saat beliau hampir kembali ke rahmatullah, saya berkesempatan berkunjung kerumah beliau bersama2 ahli keluarga saya, tidak dapat berbincang dengan saksama disebabkan kehadiran anak2 saya yang masih kecil pada masa itu.
Guru ini umpama ayahanda kepada diri saya, kerana semenjak berumur 10 tahun lagi, beliau selalu bertandang kerumah saya dan saya pun selalulah kerumah beliau mengikut orang tua saya terutama pada musin hariraya puasa dan haji.
Seminggu sebelum baliau kembali ke Rahmatullah, saya sempat bertandang kerumahnya dimana beliau mengisyaratkan bahwa tak lama lagi beliau akan kembali dan menasihatkan saya supaya mengemaskan diri jika ada apa2 persoalan terakhir didalam bidang tersebut....yang sebenarnya saya masih lagi cetek kefahaman tentang perkara hakekat itu. jadinya perkara tersebut berlalu bergitu sahaja.
Kematiannya benar berlaku selepas seminggu perjumpaan tersebut, sehingga menghairankan saya bagaimana 0rang Tua itu tahu akan hari kematiannya itu...Keyakinan sedikit timbul dan menginsafkan saya....Seterusnya saya bernazar agar diketemukan dengan beliau didalam mimpi saya berserta dengan Rasulullah dan Salsilah guru ilmunya....perkara itu pun benar2 berlaku didalam mimpi saya.
Setelah itu saya bersungguh-sungguh berzikir sebagaimana diajarkannya sebelum ini sehingga suatu ketika dibulan ramadhan saya didatangi oleh segerombolan suara berzikir yang dapat didengari diantara kedua telinga saya. Suara persekitaran tidak dapat didengar. Manakala suara2 zikir berkenaan dan mendengar arahan saya melalui hati......panjang lagi kalu mau cerita.
PERSOALAN SAYA DISINI,...BOLEHKAN USTAZ PERJELASKAN FENOMENA TERSEBUT DAN APAKAH GUNANYA PERKARA TERSEBUT KEPADA AMALAN ZIKIR TERSEBUT ?????????