Sufimas Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sufimas Forum

Bincang tentang Tasauf, dan Sufi.
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log in  
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui. An-Nur ayat 21

 

 Thariqat Abdullahiyyah

Go down 
3 posters
AuthorMessage
sufi.malaysia




Posts : 6
Join date : 02/08/2010

Thariqat Abdullahiyyah Empty
PostSubject: Thariqat Abdullahiyyah   Thariqat Abdullahiyyah Icon_minitimeMon Aug 02, 2010 2:40 pm

THARIQAT ABDULLAHIYYAH
AL-MAJZUB ASY-SHAFIE
1400 HIJRAH

MUQADDIMAH


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

الحمدلله رب العالمين. عدد خلقه, وزنة عرشه, ورضاء نفسه, ومداد كلماته
ومنتهى علمه, وجميع ما شاء وخلق وذرأ وبرأ . عالم الغيب والشهادة,
الرحمن الرحيم, القدوس العزيز الحكيم. وأشهد أن لا اله الا الله وحده
لا شريك له, له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو حي لا يموت,بيده
الخير, وهو على كل شيء قدير, واليه المصير. وأشهد أن محمدا عبده
ورسوله, أرسله بالهدى ودين الحق, ليظهره على الدين كله, ولو كره
المشركون.
Segala puji bagi Allah, Tuhan pencipta sekalian alam. Sebilangan makhlukNya, setimbang ArasyNya, sekeridhaan ZatNya, sebanyak tinta kalimatNya, sekemuncak ilmuNya, dan sebanyak semua yang Dia kehendaki dan Dia ciptakan, dan sebanyak yang Dia mencipta dan membentuk, Dia maha mengetahui yang ghaib dan yang terang, maha pengasih dan maha penyayang, Raja segala raja yang disucikan, maha perkasa lagi maha bijaksana.

Dan aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah, yang esa tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan dan kepujian, Dia yang menghidupkan dan mematikan sedang Dia maha hidup tidak mati, di dalam kuasaNya segala kebaikan, dan Dia berkuasa di atas segala sesuatu dan kepadaNya kembali semua perkara.
Dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w itu adalah hambaNya dan utusanNya, diutusNya membawa petunjuk dan agama yang benar supaya diterangkan kepada semua agama walaupun dibenci oleh orang-orang kafir musyirikin.
Kesejahteraan atas hamba-hamba yang dipilihNya dan Dialah yang sebenar-benar yang memuji DiriNya sendiri seperti firmanNya yang maha tinggi:

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢)
(Al-Fatihah: 2 )

Artinya segala puji bagi Aku(Allah) Tuhan sekalian alam. Dia maha suci lagi maha tinggi, ketunggalan dan maha esa. Sesungguhnya Allah Taala memilih sesiapa yang dikehendakiNya sebagai rasul, nabi dan waliNya untuk memimpin manusia kepada jalan makrifatullah yang sebenar.
Firman Allah Ta’ala:

يَخۡتَصُّ بِرَحۡمَتِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ (٧٤)
(Al-Imran:74 )

Artinya Allah menentukan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, Dan Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.
Dan rahmat Allah dan salamNya atas penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w, iaitu penghulu sekalian alam dan segala anbiya’, kekasih Allah dan ialah pintu yang agung menuju kepada hadrat Allah Taala, dan atas segala keluarganya dan atas segala sahabatnya dan atas segala mursid thariqat dan wali-wali agung pewaris yang terdahulunya, dan adalah mereka itu seperti bintang-bintang petunjuk kepada jalan makrifatullah yang sebenar, dan ditangan mereka itulah dikurniakan kunci-kunci perbendaharan Allah yang maha ghaib.

Ketahuilah olehmu bermula segala hati orang yang merdeka itu ialah tempat pertaruhan rahsia Allah. Dan yang dikehendaki dengan merdeka itu iaitu hilangnya (fana) selain Allah (ghairullah) pada hati dan akalnya. Dan yang dikehendaki dengan rahsia Allah itu iaitu tajalli zat (zikir zat) pada akalnya menepati firman Allah Taala:

إِنَّنِىٓ أَنَا ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنَا۟ فَٱعۡبُدۡنِى وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِڪۡرِىٓ (١٤
(Taha: 14 )
Artinya sesungguhnya Akulah Allah tiada tuhan melainkan Aku, oleh itu sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku.
Maka inilah tempat sebenarnya makam al-khatam zikir iaitu zikir ainul-mazkur (zat yang mengzikiri zat), dan telah mendengar ia kalam qadim dengan tiada wasitah, dan tempat kenal Allah dengan Allah dan diberi nama hakkul-yakin dan ialah makam nabi-nabi dan wali-wali agung (adapun makam nabi itu lebih tinggi dari makam wali), dan diberi Allah akan amanah sebagai wakilNya dan pemegang kunci Ismullah-Adzam iaitu ismu zat Allah. Seperti firman Allah Ta’ala:

فَٱذۡكُرُونِىٓ أَذۡكُرۡكُمۡ (١٥٢
(Al-Baqarah: 152 )

Artinya maka ingatlah kamu kepadaKu supaya Aku ingat kepada kamu iaitu supaya Aku nyata akan diriKu kepada kamu.
Maka inilah makam mursid thariqat yang sebenar sebagai pewaris nabi iaitu mewarisi syariat zahir dan syariat batin Nabi s.a.w. dan menjadi pintu atau wasilah kepada Allah, Tuhan pencipta sekalian alam.
Firman Allah Ta’ala:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱبۡتَغُوٓاْ إِلَيۡهِ ٱلۡوَسِيلَةَ وَجَـٰهِدُواْ فِى سَبِيلِهِۦ لَعَلَّڪُمۡ تُفۡلِحُونَ (٣٥
(Al-Maidah: 35 )


Artinya wahai orang beriman bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah iaitu jalan (pintu) yang menyampaikan kamu kepada Allah. Dan berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu beroleh kejayaan.
Maka barangsiapa yang bertemu dan mengenalinya wajiblah baginya talkin zikir kepadanya dan menjadikan ia mursid bagi menuju kepada jalan makrifatullah yang sebenar. Dan barangsiapa yang ingkar dan mendustakannya maka rugilah ia dengan rugi yang amat besar, dan jaga-jagalah! Jangan menjadi musuhnya nescaya menjadilah ia musuh Allah!
Firman Allah Ta’ala:

إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلۡأَبۡتَرُ (٣
(Al-Kautsar: 3 )

Artinya sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu (wahai Muhamad) dialah yang terputus daripada rahmat Allah iaitu terputuslah baginya rantai-rantai kepada makrifatullah. Maka dengan izin Allah barangsiapa yang mengambil akan jalannya dan wasilahnya maka teranglah hatinya dan sirnya dan akan sampailah ia kepada makam al-yakin, dan barangsiapa yang sombong dan ingkar daripada mengambil akan jalannya dan wasilahnya maka akan butalah hatinya dan berjalanlah ia dalam keadaan meraba-raba di dalam kegelapan dan akan terhijablah ia dengan Allah buat selama-lamanya.
Firman Allah Ta’ala:

وَٱتَّبِعۡ سَبِيلَ مَنۡ أَنَابَ إِلَىَّ‌ۚ (١٥
(Lukman: 15 )

Artinya ikutilah akan jalan orang yang kembali (inabah) iaitu jalan orang yang telah sampai kepada Allah dengan Allah, akan makrifat yang sebenar-benarnya lagi sempurna.
Ketahuilah olehmu! Bahawasanya syeikh mursid thariqat itu ialah orang yang sampai ia kepada hadrat nubuwwah (kenabian) dan hadrat rabbaniyyah (ketuhanan), bukanlah hanya dengan salsilah iaitu rantai-rantai yang zahir semata-mata.
Dan aku melihat (tetapi Allah maha mengetahui), ramai ahli thariqat pada zaman ini yang bergantung ia dengan rantai-rantai (salsilah) thariqatnya tetapi mereka itu meraba-raba di dalam kegelapan tanpa bertemu dengan mursid yang sebenar daripada Allah. Demi Allah yang nyawaku berada di dalam tanganNya! Sesungguhnya Sheikh Abdullah r.a adalah mursid yang sebenar pada zaman ini yang memegang kunci Ismullah-Adzam (nama Allah yang agung) dan menjadi pintu kepada hadrat Allah, dan Allah telah kurniakan kepadanya thariqat majzub akhir zaman ini (1400 hijrah). Dan apabila tiada lagi syeikh-syeikh yang wasil dan mursid dalam thariqat-thariqat terdahulu maka terkhatamlah thariqat-thariqat itu dengan thariqat yang baru iaitu thariqat Abdulahiyyah Al Majzub akhir zaman 1400 hijrah. Dan adapun thariqat yang telah sedia ada itu ibarat mati dengan ketiadaan mursid yang sebenar. Wallahu-A’lam

Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Sesungguhnya Allah mengutus pada umat ini di setiap awal 100 tahun seorang (mujaddid) yang akan memperbaharui urusan agama mereka.” (Riwayat Abu Daud)ﺍ ﻨﻘﻮ ﻞ ﻮ ﻜﻴﻞ

Dan Allah adalah saksi atas apa yang kami katakan.


ﻮﻟﻌﻨﺔ
ﺍﻠﻜDan laknat Allah lah atas orang-orang yang berdusta.



Firman Allah Ta’ala:

۞ مَا نَنسَخۡ مِنۡ ءَايَةٍ أَوۡ نُنسِهَا نَأۡتِ بِخَيۡرٍ۬ مِّنۡہَآ أَوۡ مِثۡلِهَآ‌ۗ أَلَمۡ تَعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ (١٠٦
(Al-Baqarah: 106 )

Artinya apa sahaja ayat (kitab-kitab terdahulu) yang kami nasakhkan, atau kami jadikan manusia lupa kepadanya, kami datangkan yang lebih baik atau sebanding dengannya. Tidakkah kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah maha kuasa atas segala sesuatu?

Tetapi rahmat Allah itu amat luas dan limpah kurnianya amat besar, oleh itu janganlah dipagar dan dibataskan akan anugerah Allah itu dengan sesuatupun, maka benarkan akan niat kamu dan moga-moga Allah Taala memberi kami dan kamu petunjukNya kepada jalan makrifatullah yang sebenar.
Ketahuilah olehmu! Bahawasanya ulamak yang beramal dengan ilmunya ialah pewaris kenabian semata-mata dan ada pun mursid thariqat iaitulah wali agung (qutubul-ghaust adzam) ialah pewaris sebenar zahir dan batin kenabian dan ialah khalifah Allah dan pengganti para nabi yang telah mendapat rahsia kenabian dan rahsia ketuhanan.
Firman Allah Ta’ala:

ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ (٣٢
(Faathir: 32 )

Artinya kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami.

Maka sebagaimana nabi-nabi menerima pangkatnya langsung daripada Allah dengan tiada wasitah yang baharu maka wali-wali agung ini juga menerima pangkatnya langsung daripada Allah dengan tiada wasitah yang baharu dan mereka diperintahkan oleh Allah untuk mengakui kewaliannya sebagaimana nabi-nabi (rasul-rasul) diperintahkan oleh Allah untuk mengaku kenabiannya.
Firman Allah Ta’ala:

إِنِّى لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٌ۬ (١٠٧
(Asy Syu’araa’: 107 )

Artinya sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan yang diutus kepada kamu.

Maka inilah satu rahsia kebenaran yang sebenar-benar yang diyakini iaitu hakkul-yakin. Dan sesungguhnya bukti kebenaran pengakuan mereka itu disuluh pada Al-Quran dan Al-Hadis, maka yang bercanggah ia maka dusta ia!. Ketahuilah! Bahawasanya sesiapa yang telah mencapai tahap kebenaran yang sebenar-benar itu wajiblah padanya ada bukti pengakuan daripada dirinya sendiri seperti para nabi dan rasul. Maka pengakuan mereka itu adalah satu rahmat Ilahi yang maha agung bagi manusia.
Firman Allah Ta’ala:

أَلَآ إِنَّ أَوۡلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ (٦٢) ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَڪَانُواْ يَتَّقُونَ (٦٣) لَهُمُ ٱلۡبُشۡرَىٰ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ‌ۚ لَا تَبۡدِيلَ لِڪَلِمَـٰتِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ (٦٤)
(Yunus: 62-64 )

Artinya ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat, tidak ada perubahan pada janji-janji Allah, yang demikian itulah kejayaan yang besar.
Firman Allah Ta’ala:

يُبَشِّرُهُمۡ رَبُّهُم بِرَحۡمَةٍ۬ مِّنۡهُ وَرِضۡوَٲنٍ۬ وَجَنَّـٰتٍ۬ لَّهُمۡ فِيہَا نَعِيمٌ۬ مُّقِيمٌ (٢١
(At-Taubah: 21 )

Artinya Tuhan mereka telah menyampaikan berita gembira kepada mereka dengan beroleh rahmat dan keredhaanNya dan syurga yang di dalamnya mereka memperolehi kesenangan yang kekal.
Firman Allah Ta’ala:

وَقَالَ ٱلۡمَلِكُ ٱئۡتُونِى بِهِۦۤ أَسۡتَخۡلِصۡهُ لِنَفۡسِى‌ۖ فَلَمَّا كَلَّمَهُ ۥ قَالَ إِنَّكَ ٱلۡيَوۡمَ لَدَيۡنَا مَكِينٌ أَمِينٌ۬ (٥٤
(Yusuf: 54 )

Artinya dan raja berkata; “bawalah Yusuf kepadaku agar aku memilih dia sebagai orang yang rapat kepadaku!” Maka takkala raja bercakap-cakap dengan dia, Dia berkata; “sesungguhnya kamu mulai hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami”.

Maka inilah kisah nabi Yusuf apabila dia ditujukan dengan perkataan ini melalui lidah raja mesir, pada zahirnya lidah raja itu yang bercakap tetapi sebenarnya adalah Tuhan yang bercakap. Allah berkata-kata melalui lidah ilmu, kepada Nabi Yusuf diberi kerajaan zahir iaitu kerajaan mesir, dan juga kerajaan batin iaitu kerajaan ilmu, kerohanian dan akal fikiran dan kehampiran kepada Allah dan kemuliaan dan ketinggian disisi Allah. (Dan inilah perkataan Syeikh Abdul Kadir Al-Jalaini r.a mengenai pengurniaan pangkat-pangkat ketuhanan yang dikurniakan kepada nabi-nabi dan wali-wali agung dengan tafsiran ayat 54 surah Yusuf).

Maka sesiapa yang mengaku wali itu mestilah ada padanya bukti sifat-sifat terpuji (Al-Mahmudah) seperti taubat dan takwa dan raja’a dan khauf dan zuhud dan tawakkal dan ikhlas dan murah hati dan sabar dan syukur dan redha dan mahabbah dan makrifatullah, dan lisannya sentiasa membesar dan mengesakan Allah setiap masa dan mengikut sunnah Nabi s.a.w pada zahir dan batin.

Dan pada pengikut wali agung itu ada limpahan berkatnya dan nyata perubahan sifat-sifatnya seperti meninggalkan maksiat dan kekal atas taat dan hilang syirik berganti dengan tauhid dan bertukar daripada perangai yang buruk kepada perangai yang terpuji dan dapat ia membezakan antara yang hak dan yang batil dan mendapat himmah yang kuat untuk mengikuti sunnah Nabi s.a.w. zahir dan batin, dan mengenal ia akan dirinya dan akan Tuhannya.

Maka apabila telah zahirlah dan nyatalah bukti-bukti yang tersebut itu ialah wali agung iaitu mursid yang sebenar daripada Allah. Maka wajiblah atas sesiapa yang mengenalinya membenar dan mengikuti akan dia dan berdosalah orang yang mendustakan ia akan dia dan rugi besarlah akan orang yang meninggalkan dia.
Dan adapun bukti mukjizat nabi dan keramat wali itu hanyalah bagi orang-orang yang kurang imannya dan daif yakinnya dan untuk menyatakan bukti kekuasaan Allah Ta’ala semata-mata. Maka barangsiapa yang mencari dan menuntut kekeramatan maka ia tertipu, dan barangsiapa yang mencari dan menuntut yakin dan kebenaran maka ia benar lagi tahkik. Wallahu-A’lam.

Ketahuilah olehmu! Bahawasanya mursid yang menjadi pewaris kenabian itu adalah ia amat nyata beramal dengan syariat zahir dan syariat batin Nabi s.a.w. dan ia adalah nyata lagi benar dalam menzahirkan ketuhanan dan ia adalah jelas dalam menyatakan kebenaran dan tegas dalam menyatakan dan menentang yang batil (dusta) iaitu golongan yang pura-pura dan ahli zindik! Bahawa sesungguhnya kebenaran itu tidak akan diam membisu kerana kebenaran yang diam membisu itu bukanlah satu kebenaran yang sebenar, sesungguhnya kebenaran itu ialah menyatakan yang hak dan menentang kebatilan.
Firman Allah Ta’ala:

وَقُلۡ جَآءَ ٱلۡحَقُّ وَزَهَقَ ٱلۡبَـٰطِلُ‌ۚ إِنَّ ٱلۡبَـٰطِلَ كَانَ زَهُوقً۬ا (٨١
(Al-Israa’: 81 )

Artinya yang hak telah datang, maka hancurlah (lenyap) yang batil, sesungguhnya yang batil itu pasti akan lenyap. Dan apabila datang tauhid maka hilanglah syirik, dan apabila telah datang Allah maka hilanglah selain Allah, dan sesungguhnya selain Allah itu pasti akan binasa.
Firman Allah Ta’ala:

كُلُّ شَىۡءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجۡهَهُ (٨٨
(Al-Qasas: 88 )

Artinya dan tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan zat Allah.

Sabda Nabi s.a.w. artinya apabila zahir segala fitnah dan bida’ah maka hendaklah menzahirkan oleh orang yang alim itu akan ilmunya, maka barangsiapa tiada kerjakan maka atasnya itu laknat Allah.

Ketahuilah wahai orang-orang yang mencari petunjuk kepada jalan makrifatullah yang sebenar, demi Allah! Yakinlah dan jangan kamu syak, Inilah thariqat kurniaan Allah di akhir zaman ini iaitulah Thariqat Syeikh Abdullahiyyah Al-Majzub. Dan bahawa sesungguhnya aku dan saudara-saudaraku telah mendapat limpah berkat daripada thariqat Syeikh Abdullah r.a ini sehingga merdekalah akal kami daripada selain Allah dan mencapai makam hakkul-yakin dengan kurnia dan izin Allah.

Dengan kekeramatannya (Syeikh Abdullah r.a) moga-moga kami dan kamu mendapat limpah berkat dan petunjuk Allah kepada jalan makrifatullah yang sebenar. Maka sebarkanlah akan rahsia Allah ini dan kepada Allah jua kembali segala akuan, dan fahamkan olehmu dengan sebenar-benar faham jika ada engkau mempunyai faham yang suci dan sejahteralah atas orang-orang yang mengikuti petunjuk. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memiliki dan yang menguasai segala-galanya, hanya kepada Engkaulah sahaja tempat kami kembali dan menyerahkan diri, WALA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ’ALIYYIL ADZIM, Wallahu-A’lam.

Dan Allah adalah saksi atas apa yang kami katakan

Dan laknat Allah atas orang-orang yang berdusta
Back to top Go down
nanya




Posts : 1
Join date : 03/08/2010
Age : 62

Thariqat Abdullahiyyah Empty
PostSubject: Assalammualaikum...   Thariqat Abdullahiyyah Icon_minitimeTue Aug 03, 2010 8:51 am

Terlebih dahulu saya memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya kehadiran saya menyinggung sesiapa.
Tuan, saya ingin tahu siapa yg menterjemah dan mentafsir ayat-ayat AlQuran yg tuan paparkan ...?
Back to top Go down
sufi.malaysia




Posts : 6
Join date : 02/08/2010

Thariqat Abdullahiyyah Empty
PostSubject: RAHSIA DAN FADHILAT ZIKIR   Thariqat Abdullahiyyah Icon_minitimeTue Aug 03, 2010 12:13 pm

FASAL 1

RAHSIA DAN FADHILAT ZIKIR

Ketahuilah olehmu! Wahai orang yang sedang berjalan (salik) menuju kepada Allah, Tuhan pencipta sekalian alam. Bahawasanya zikrullah ialah makanan para nabi dan simbol kewalian dan jalan yang terdekat menuju kepada fana. Dan fana ialah kunci perbendaharaan sir rububiyyah (rahsia ketuhanan), maka akan terhasillah ilmu laduni yang terus menerus daripada Allah Taala tanpa hijab, ialah tempat segala tajali dan tempat segala hakikat dan tempat menerima kurniaan akan kalam qadim dan dinamakan hakkul-yakin, aku kenal akan Tuhanku dengan Tuhanku iaitu Tuhan yang mengaku Dialah Tuhan (Aku Allah) dan Tuhan mengaku engkaulah hambaNya pada sir akal orang yang telah sampai kepadanya pengakuan Tuhan di azali iaitu martabat Ahadiyyah dan dinamakan martabat tujuh dan bernamalah ia Al-Insan Kamil iaitu insan yang telah sempurna perjalanannya dan telah sampai ia kepada Allah Azzawajalla.

Dan bahawasanya mengenal Allah Taala itu sekali-kali tiada boleh dengan usaha dan ikhtiar daripada hamba melainkan semata-mata anugerah dan kurnia Allah kepada hamba yang dikehendakiNya. Maka inilah hasil perbendaharaan makrifatullah dengan kaifiat zikrullah pada masa yang sedikit dan waktu yang singkat, dengan izin dan kehendak Allah. Maka wajib atas orang yang rindu ia bagi kedatangan sir akalnya itu akan lazat musyahadah bagi Tuhannya itu talkin ia zikir dengan syeikh mursid dan mengekali zikrullah pada hatinya, Wallahu-A’lam.

Dan segala kebaikan itu terdapat pada zikrullah kerana firman Allah yang maha tinggi:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ ذِكۡرً۬ا كَثِيرً۬ا (٤١) وَسَبِّحُوهُ بُكۡرَةً۬ وَأَصِيلاً (٤٢) هُوَ ٱلَّذِى يُصَلِّى عَلَيۡكُمۡ وَمَلَـٰٓٮِٕكَتُهُ ۥ لِيُخۡرِجَكُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِۚ وَڪَانَ بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ رَحِيمً۬ا (٤٣

(Al-Ahzab: 41-43)

Firman Allah Ta’ala:

فَٱذۡكُرُونِىٓ أَذۡكُرۡكُمۡ(١٥٢
(Al-Baqarah: 152)

Artinya maka sebutlah kamu akan Daku nescaya Aku sebut akan kamu.

Firman Allah Ta’ala:

وَٱذۡكُر رَّبَّكَ فِى نَفۡسِكَ تَضَرُّعً۬ا وَخِيفَةً۬ وَدُونَ ٱلۡجَهۡرِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ بِٱلۡغُدُوِّ وَٱلۡأَصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ ٱلۡغَـٰفِلِينَ (٢٠٥
(Al-Araf: 205)

Artinya dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhan dalam hati dengan merendah diri serta takut, dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

Firman Allah Ta’ala:

قُلِ ٱللَّهُ‌ۖ ثُمَّ ذَرۡهُمۡ فِى خَوۡضِہِمۡ يَلۡعَبُونَ (٩١
(Al-An’aam:91)

Artinya katakanlah Allah, kemudian biarkanlah mereka sibuk bermain-main dalam kesesatan mereka.

Firman Allah Ta’ala:

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ (٢٨
(Al-Rad: 28)

Artinya orang-orang yang beriman itu, hati mereka menjadi tenteram kerana berzikir (mengingati) kepada Tuhan, Ingatlah bahawa dengan berzikir kepada Tuhan hati akan menjadi tenteram.

Sabda Nabi s.a.w.:

Artinya zikir yang utama ialah lailahaillallah, tiada Tuhan melainkan Allah.
( At-Tarmizi)

Sabda Nabi s.a.w.:

Artinya bagi tiap-tiap sesuatu ada penggilapnya, bahawasanya penggilap bagi hati adalah zikrullah Azza Wajalla. (Al-Baihaqi)

Sabda Nabi s.a.w.:

Artinya perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dengan orang tiada berzikir kepadanya seumpama orang yang hidup dengan orang yang mati, ataupun seumpama pohon yang berdaun hijau dengan pohon yang kering tiada berdaun. Dan orang berzikir kepada Allah ditengah-tengah orang yang lalai, seperti orang yang berperang ditengah-tengah orang yang lari dari medan perang. (Al-Bukhari)

Sabda Nabi s.a.w.:

Artinya “Mahukah kamu, aku beritahukan tentang sebaik-baik amalanmu dan sebersih-bersihnya disisi Tuhanmu, dan setinggi-tingginya darjat, yang mana ia lebih baik daripada membelanjakan emas dan perak, dan lebih utama daripada kamu bertempur dengan musuh kamu, lalu kamu memenggal leher mereka dan mereka memenggal leher kamu?” Para sahabat menjawab: “Tentu mahu”. Jawab baginda: “Berzikir kepada Allah Taala”. (At-Tarmizi)

Firman Allah Taala dalam hadis-qudsi:

Artinya Aku teman sekedudukan bagi orang yang mengingati (menyebut Aku) dan Aku besertanya ketika ia mengingati Aku.

Firman Allah Taala dalam hadis-qudsi:

Artinya barangsiapa sibuk dirinya dengan berzikir kepadaKu daripada berdoa, nescaya Aku berikan kepadanya lebih utama daripada yang Aku berikan kepada orang-orang yang berdoa (meminta).

Dan firman Allah Ta’ala:

فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡقَـٰسِيَةِ قُلُوبُہُم مِّن ذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ فِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ (٢٢
(Az-Zumar: 22)


Artinya maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada mengingati Allah, mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.

Dan kata maula Al-Arabi Ad-Daqawi r.a. kami memperhatikan (tetapi Allah lebih mengetahui), bahawa fana ini berlaku secepat mungkin melalui satu kaifiat berzikir dengan menyebut Ismu-Jalalah Allah! Allah! Aku temui kaifiat ini dalam sebuah kitab karangan Syeikh Abu Hassan Asy-Syazili r.a. Memadailah semua itu untuk membuktikan fadhilat zikrullah dan tercelanya ghaflah iaitu lupa dan lalai dari mengingati Allah Taala, dan sekiranya kalam Allah dan hadis nabi yang kami sebutkan itu tidak memadai untuk kita, maka tiada sesuatu apapun yang memadai dan tiada akan dapat kebajikan di dalam diri kita.

Firman Allah Ta’ala:

وَٱلذَّٲڪِرِينَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا وَٱلذَّٲڪِرَٲتِ أَعَدَّ ٱللَّهُ لَهُم مَّغۡفِرَةً۬ وَأَجۡرًا عَظِيمً۬ا (٣٥
(Al-Ahzab: 35)

Artinya orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak Allah telah menyediakan bagi mereka semua keampunan dan pahala yang besar.

Allah Taala menjanjikan ganjaran yang besar bagi mereka yang mengingati Allah, maka sesungguhnya kita tiada berhajat kepada sesuatu apapun lagi selain daripada zikrullah, hanyasanya yang perlu bagi kita ialah melawan hawa nafsu kita, kerana dengan jalan inilah kita akan memperolehi ilmu laduni dan dengan ilmu laduni inilah akan menumbuhkan keyakinan yang besar yang akan melepaskan kita daripada segala keraguan dan segala waham dan syak dan membawa kita sampai kepada hadrat Allah Azza Wajalla, maha suci Ia, tiada Tuhan melainkan Dia. WALA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYIL ‘ADZIM. Wallahu-a’lam.

Dan Allah adalah saksi atas apa yang kami katakan

Dan laknat Allah atas orang-orang yang berdusta



Back to top Go down
sufi.malaysia




Posts : 6
Join date : 02/08/2010

Thariqat Abdullahiyyah Empty
PostSubject: FASAL 1   Thariqat Abdullahiyyah Icon_minitimeThu Aug 05, 2010 12:31 pm

Aurad Thariqat Abdullahiyyah

Wajib bagi sesiapa yang hendak mengamalkan wirid ini terlebih dahulu mempelajari ilmu usulluddin (tauhid) bagi mengesahkan pegangan akidahnya dan ilmu fekah bagi menyempurnakan ibadat zahirnya kadar terlepas fardhu ainnya. Dan hendaklah ia pula bersungguh-sungguh mempelajari ilmu tasawuf (kesufian) bagi mengetahui perkara-perkara yang membicarakan tentang pembersihan hati dari segala sifat-sifat yang keji.

Hendaklah mematuhi segala perintah Allah Taala dan menjauhi segala laranganNya. Sentiasalah memelihara dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang menyebabkan dosa, samaada dosa besar atau dosa kecil. Dan berwaspada dengan perkara-perkara yang syubahah dan berqanaah (berpada-pada) dalam mengambil yang halal. Dan sentiasa bertaubat kepada Allah Taala, dan yang paling utama ialah terus-menerus mengekali zikir Allah di dalam hatinya dimana sahaja berada. WALA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYIL ’ADZIM
Wallahu-‘alam

Dan Allah adalah saksi atas apa yang kami katakan

Dan laknat Allah atas orang-orang yang berdusta


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

أَسْتَغْفِرُ اللهَ اْلعَظِيْمَ الَّذِى لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ اْلحَىُّ اْلقَيُّوْم ﻮﺍﮄﻮﺐ ﺍﻠﻳﻪ ُ

الهي أنت مقصودى ورضاك مطلوبى

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
DOA


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ ﻋﺪﺪﻤﺎ ﻭﺴﻌﻪ ﻋﻟﻢ...ﻌﻪ ﻋﻟﻢ اللهُ
(X 3)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧
(1 X)


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ (٢٥٥
(Al Baqarah: 255)
(7 X)

لَقَدۡ جَآءَڪُمۡ رَسُولٌ۬ مِّنۡ أَنفُسِڪُمۡ عَزِيزٌ عَلَيۡهِ مَا عَنِتُّمۡ حَرِيصٌ عَلَيۡڪُم بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ رَءُوفٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (١٢٨) فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَقُلۡ حَسۡبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَلَيۡهِ تَوَڪَّلۡتُ‌ۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ (١٢٩
(At-Taubah: 128-129)
(7 X)

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا (٥٦.
(Al-Ahzab: 56)

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد
(10 X)

كما صليت على ابرهيم وعلى آل ابرهيم وبارك على محمد وعلى آل محمد كما بركت على ابرهيم وعلى آل ابرهيم فى العالمين انك حميد مجيد.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ ذِكۡرً۬ا كَثِيرً۬ا (٤١) وَسَبِّحُوهُ بُكۡرَةً۬ وَأَصِيلاً (٤٢
(Al-Ahzab: 41-42)

. سبحان الله والحمدلله ولااله الا الله والله أكبر ولاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم.
(11 X)

( فاذكروني أذكركم)
(3 X)

الله ! الله...! الله.....!
( ﺍﺘﻭﻟﺒﯿﻪ 1000 X)


الله أكبركبيرا والحمدلله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا لا إله إلا ألله وحده لا شريك له, له الملك وله الحمد يحي ويميت وهو على كل شئ قدير ولاحول ولا قوّة إلا بالله العليّ العظيم.


دعأ
ألحمدلله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على سيّدنا محمّد أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين, أللهم اغفرلي ولوالديّ وارحمهما كما ربّياني صغيرا, اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك, أللهم اجعلنا من أوليائك المتقين وحزبك المفلحين وعبادك الصّالحين برحمتك يا أرحم الرّاحمين, ربنا آتنا فى الدنيا حسنة وفى الآخرة حسنة وقنا عذاب النار وصلى ألله على سيّدنا محمّد وعلى آله وصحبه وسلم والحمدالله ربّ العالمين.


P/S: Ada beberapa tempat dalam wirid ini tak dapat dipaparkan kerana ada beberapa masalah teknikal. Sila rujuk dan ambil wirid di atas dengan Syeikh Abdullah sendiri utk wirid yang lengkap.
Back to top Go down
sufi.malaysia




Posts : 6
Join date : 02/08/2010

Thariqat Abdullahiyyah Empty
PostSubject: FASAL 1   Thariqat Abdullahiyyah Icon_minitimeThu Aug 05, 2010 12:39 pm

Thariqat, Mursid Dan Adab Murid

Ketahuilah olehmu! Bahawa sesungguhnya yang dikehendaki pada thariqat disisi ahlillah iaitu mengamalkan barang yang mendatangkan dengan dia oleh Nabi s.a.w dari pihak perkataan dan perbuatan dan kelakuan dan iktikad dan sempurna mengikut Nabi s.a.w. pada syariat yang zahir dan syariat yang batin dan menghidup akan sunnahnya serta bersungguh-sungguh mengekali atas sunnahnya sekuasa-kuasanya.

Maka zahir syariat itu perkataannya dan perbuatannya dan batin syariat itu halnya dan perangainya. Dan tiadalah jenis jalan bagi hamba yang menyampaikan kepada keridhaan Allah itu melainkan dengan sempurna mengikut bagi Nabi s.a.w. kerana ialah pintu bagi hadrat Allah S.W.T. Maka barang siapa yang masuk ia daripadanya nescaya sampai ia kepada keridhaan Tuhannya dan yang meninggalkan ia akan petunjukkannya nescaya tersalahlah ia akan jalan yang betul dan jatuhlah ia di dalam kebinasaan murka Tuhannya, kerana yang benar dan betul itu tersimpanlah ia pada mengikut bagi jalan Nabi s.a.w.

Guru mursid yang sebenar itu adalah mengikut ia akan syariat zahir dan syariat batin Nabi s.a.w. dan berbetulan ia dengan kitab Allah dan sunnah Rasullullah s.a.w., maka jika ada ikutilah akan pimpinannya dan jika ada ia bertentangan dengan syariat Nabi s.a.w. maka lontarkanlah olehmu akan dia kepada belakang engkau dan jikalau ia terbang antara langit dan bumi atau bersila ia pada hawa atau berjalan ia atas air sekalipun, kerana yang benar itu adalah mengikut Nabi s.a.w.

Dan kata Iman Al-Junid r.a., bermula jalan kepada Allah itu tertutup ia atas segala makhluk melainkan barangsiapa yang mengikut ia akan jalan Nabi s.a.w. Dan barangsiapa yang menyangka ia akan mendapat hakikat dengan tiada berpegang ia atas amal syariat maka iaitu sesat dan menyesatkan lagi tenggelam ia di dalam angan-angan nafsunya yang terpedaya oleh syaitan laknatullah .

Dan hendaklah murid itu memelihara akan segala adab syariat dan daripada tiap-tiap yang haram dan syubahah dan bida’ah. Dan setengah daripada adab murid yang terlebih utamanya iaitu memeliharakan hormat guru pada zahir dan batin, pada hadir atau ghaibnya, ketika hidupnya atau matinya. Dan mengerjakan segala hak-haknya dengan tiada taksir (cuai) dan mencampakkan ia akan ilmunya dan pendapatnya melainkan barang yang muafakat ia dengan pengetahuan gurunya.

Maka barangsiapa daripada murid yang tiada hormat ia akan gurunya nescaya tiadalah mendapat ia akan rahsia thariqat baginya, kerana berhadap guru atas murid itu sekira-kira berhadap murid atas guru dan berhadap guru itulah dalil bahagianya. Maka wajiblah atas murid itu memelihara akan segala hak-hak (khidmat) gurunya sekuasa-kuasanya.

Ketahuilah olehmu wahai segala saudara-saudaraku! Bahawa sesungguhnya rahsia mengambil thariqat (talkin zikir) daripada guru iaitu syeikh mursid yang sebenar yang wasil itu adalah hasil pertambatan yang maknawi antaranya dan antara gurunya hingga kepada Nabi s.a.w. dan hingga sampai ke hadrat Allah azza wajalla. Dan memadailah bagi murid yang siddik dengan ini keuntungan yang amat besar. Maka jadilah murid serta syeikh itu seperti kanak-kanak pada ribaan ibunya dan seperti orang mati dihadapan orang yang memandikannya.

Maka barangsiapa yang ada halnya antaranya dan antara gurunya seperti yang tersebut ini maka mengalirlah rahsianya daripada hatinya kepada hati muridnya dengan jalan tawajjuh yang rabbani dan imdad (pertolongan) yang rahmani, maka terkadang datang ia dengan ilham daripada hati kepada hati dan terkadang dengan isyarat dan terkadang dengan pandangan. Maka orang yang tiada guru (syeikh yang mursid) maka syaitanlah sheikh baginya, dan buta ia pada jalannya iaitu jalan ketuhanan.

Dan jikalau engkau menghendaki perjalananmu dipendekkan supaya segera engkau sampai kepada fana, maka hendaklah engkau berpegang teguh kepada segala amalan yang fardhu dan kepada segala amalan yang sunat. Pelajarilah ilmu zahir setakat yang tidak dapat tidak (fardhu ain) untuk beribadat kepada Allah, maka sibukkanlah hatimu dengan menyebut zikrullah iaitu katakanlah pada hatimu Allah! Allah! sentiasa sambil berdiri dan duduk dan berbaring di atas lambung dan dalam segala keadaan kerana kita tidak memerlukan sesuatu apapun melainkan zikrullah, kami kamu dan setiap orang siapa sahaja dia.

Maka setelah ditalkinkan oleh syeikh mursid yang wasil akan zikir maka hendaklah diamalkan dengan tetap iaitu istiqamah dan menjaga akan segala adabnya iaitu bahawa bersuci ia daripada hadas dan najis pada badan dan pada pakaian dan pada tempat dan duduk ia mengadap kiblat serta menghilangkan akan tiap-tiap ingatan dan khatir yang lalu dan akan datang kemudian istighfar ia dan meminta ia pada Allah akan betul pada agama dan akan sempurna hadir hati serta Allah dan rabithah iaitu menghadirkan wajah syeikh pada khayalnya kemudian berkata ia dengan hatinya atau lidahnya

“Hai Tuhanku Engkaulah kehendakku (maksudku) dan keredhaan Engkau itulah tuntutku, kurniakanlah olehMu akan daku akan kasih akan Dikau dan kenal akan Dikau.”

Wahai Tuhan kami! Sibukkanlah anggota badan kami untuk taat kepadaMu, sibukkanlah hati kami untuk makrifat kepadaMu, sibukkanlah selama hayat kami baik malam mahupun siang hari, pertemukanlah kami dengan orang-orang soleh yang telah mendahului kami, berikanlah kami rezeki sebagaimana yang Engkau berikan kepada mereka dan jadikanlah kami seperti mereka.

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami petunjukmu kepada kesucian tauhid dan keesaan yang hakiki.

Wahai Tuhan kami! Kami mohon bantuan dan pertolonganMu sentiasa. WALA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYIL ’ADZIM

Wallahu-‘alam.
Back to top Go down
sufi.malaysia




Posts : 6
Join date : 02/08/2010

Thariqat Abdullahiyyah Empty
PostSubject: Re: Thariqat Abdullahiyyah   Thariqat Abdullahiyyah Icon_minitimeThu Aug 05, 2010 12:42 pm

FASAL 4 bersambung di bulan ramadhan.. INSYAALLAH
Back to top Go down
sufi.malaysia




Posts : 6
Join date : 02/08/2010

Thariqat Abdullahiyyah Empty
PostSubject: Re: Thariqat Abdullahiyyah   Thariqat Abdullahiyyah Icon_minitimeThu Aug 05, 2010 12:54 pm

UNTUK MAKLUMAN.. Ada sedikit kesilapan teknikal dari SEGI perletakan fasal 1,2 dan 3. MAKLUMAT sebenar tentangnya ialah:

FASAL 1 - RAHSIA DAN FADHILAT ZIKIR

FASAL 2 - Aurad Thariqat Abdullahiyyah

FASAL 3 - Thariqat, Mursid Dan Adab Murid


FASAL 4 - ....
Back to top Go down
MURID
Admin
MURID


Posts : 18
Join date : 13/11/2009
Age : 40

Thariqat Abdullahiyyah Empty
PostSubject: Re: Thariqat Abdullahiyyah   Thariqat Abdullahiyyah Icon_minitimeFri Aug 06, 2010 1:28 pm

JAZAKALLAH.... ALHAMDULILAH.
Back to top Go down
https://sufimas.forumms.net
Sponsored content





Thariqat Abdullahiyyah Empty
PostSubject: Re: Thariqat Abdullahiyyah   Thariqat Abdullahiyyah Icon_minitime

Back to top Go down
 
Thariqat Abdullahiyyah
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Sufimas Forum :: SYARIAT DAN HAKIKAT :: TASAUF-
Jump to: