FITNAH AKHIR ZAMAN
WANITA DI ZAMAN INI RAMAI YANG TELAH MENINGGALKAN AJARAN ISLAM. MEREKA BERPAKAIAN TAPI BERTELANJANG, MENIRU PAKAIAN ORANG KAFIR YANG JELAS HARAM HUKUMNYA. DAN MEREKA JUGA MEMUJA PAKAIAN ARTIS YANG TERANG-TERANG BERCANGGAH DENGAN HUKUM ISLAM, MEREKA BERSELUAR KETAT DAN NIPIS, BERBAJU SINGKAT DAN KETAT. MEREKA MENDEDAHKAN TUBUH (AURAT) DAN MENGIKLANKANNYA DIKHALAYAK RAMAI DENGAN SOMBONG, MEGAH DAN TIDAK SEGAN MALU DAN TIDAK TAKUT LAGI KEPADA DOSA DAN MURKA (AZAB) ALLAH.
PEMERINTAH, MUFTI-MUFTI, ALIM-ULAMAK, IBU-BAPA DAN MASYARAKAT TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENASIHATI DAN MENCEGAHNYA. KESUDAHAN DAN AKHIRNYA BERLAKULAH ZINA DAN MAKSIAT DENGAN BERMAHARAJA LELA DI DALAM KEHIDUPAN MANUSIA HARI INI AKIBAT DARIPADA KUMAN-KUMAN WANITA YANG MENDEDAHKAN TUBUH BADANNYA DAN PERGAULAN BEBAS DI ANTARA LAKI-LAKI DAN WANITA TANPA BATAS AGAMA DAN UNDANG-UNDANG? MAKA KITA SEMUA AKAN DITIMPA BALA OLEH ALLAH! WAHAI ORANG-ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL FIKIRAN, BERTAUBATLAH SEGERA SEBELUM KITA MASUK KE DALAM LUBANG KUBUR!
MANUSIA DI ZAMAN INI TAMAK HALOBA DENGAN NIKMAT ALLAH TETAPI MEREKA TIDAK MAHU TAAT KEPADA ALLAH! MANUSIA DI ZAMAN INI MENGETAHUI ALLAH ITU ADA TETAPI MEREKA TIDAK MAHU BERUSAHA UNTUK MENUNTUT MENGENAL ALLAH. MEREKA MENYEMBAH ALLAH SEDANG MATA HATI MEREKA BUTA TERHADAP ALLAH DAN TIDAK PERNAH BERHADAP KEPADA ALLAH, ALANGKAH MURKANYA ALLAH, TIDAKKAH MEREKA TAHU ALLAH SAHAJA YANG WUJUD DI DALAM ALAM INI?
MANUSIA DI ZAMAN INI RAMAI TIDAK SYUKUR DENGAN NIKMAT ALLAH, REZEKI YANG ALLAH KURNIA KEPADA MEREKA ITU, MEREKA ANGGAP DARI USAHA MEREKA DAN CERDIK PANDAI MEREKA SENDIRI. BARANGSIAPA YANG TIDAK TAAT KEPADA ALLAH DAN TIDAK SYUKUR DENGAN NIKMAT ALLAH DAN TIDAK REDHA BARANG YANG DITAKDIRKAN OLEH ALLAH, MAKA CARILAH TUHAN YANG LAIN DARIPADA ALLAH DAN KELUARLAH DARI BUMI ALLAH..!
-SEBARKAN-